Sorotan Acara Dagangan FXTM di Malaysia

Kami berasa gembira untuk mengakhiri empat bulan terakhir tahun 2019 dengan cemerlang setelah mengadakan beberapa seminar yang meriah dan berwawasan untuk pedagang di Malaysia. Acara yang ditaja oleh FXTM Partners ini telah mengumpulkan lebih daripada 200 pedagang dari seluruh negara dan membincangkan pelbagai topik dan strategi yang penting kepada mereka yang baru terlibat dalam industri FX.

Antara acara yang menjadi tumpuan ialah Kelas Pakar Penawaran dan Permintaan di Johor pada 19 Oktober dan seminar Pengenalan Kepada Strategi Pasaran Forex pada 2 November di Kuching. Pasukan kami yang berpengetahuan luas juga menganjurkan acara di Kota Kinabalu dan Pulau Pinang yang turut diterima baik oleh tetamu kami yang bersemangat.

 Beberapa topik menarik yang dibincangkan di seminar ini ialah:

  • Asas dagangan dalam pasaran kewangan
  • Membangunkan strategi dagangan yang berkesan
  • Sokongan dan Rintangan
  • Penawaran dan Permintaan
  • Pelbagai produk dan perkhidmatan FXTM yang unik

Kami sangat gembira melihat keghairahan dan minat yang ditunjukkan di semua empat bandar di Malaysia ini. Terima kasih kepada semua yang membolehkan acara ini mencapai kejayaan yang cemerlang!

Pastikan anda sentiasa menyemak halaman seminar forex kami untuk mendapatkan senarai lengkap acara yang akan datang.  

Adakah anda berdagang dengan broker global yang memenangi anugerah? Mendaftarlah dengan FXTM hari ini untuk pengalaman dagangan yang lebih baik.